Pertanian
Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar,penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.
Pembalakan
Seterusnya,kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat.Hal ini demikian kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen kepada hidupan di muka bumi. ]ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya,maka peluang untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia. Apabila situasi ini berlaku,jumlah isi padu lautan juga akan bertambah sebagai akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Sebagai contohnya,fenomena pemanasan global berpunca daripada aktiviti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang leluasa di dunia. Sebagai akibat fenomena ini, kesan rumah hijau turut berlaku.
Selain itu,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat,misalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah,terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.
PerindustrianSektor perindustrian amat berkembang di Malaysia.Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan bahan buangan ke dalam sungai,terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada sektor ini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan sungai seperti ikan,udang mati.
Selain itu,pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara atmosfera.Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap hitam.Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu dihisap.
Perikanan
Kesan menjalankan aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira64%terumbu karang berada dalam keadaan terancam.
Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan air laut.
Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar.
Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.

Menbuang sampah merata-rata,
Hidupan akuatik menjadi mangsa,
Pencemaran sungai di negara maju,
Isu ini menghiasi wacana.
Hidupan akuatik menjadi mangsa,
Pencemaran sungai di negara maju,
Isu ini menghiasi wacana.
Disediakan oleh CHAN FENG YI 205799
Sekian terima kasih....TEPUKLAH SIKIT!!