Saturday, August 21, 2010

FENOMENA DAN KESAN PENYAHHUTANAN TERHADAP ALAM SEKITAR





Pada zaman dahulu, Tuhan telah menciptakan alam sekitar yang begitu harmoni dan penuh dengan kehijauan yang dikenali sebagai flora seperti pokok dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, fauna juga diciptakan. Dengan adanya alam sekitar yang harmoni, flora dan fauna mempunyai habitat yang bersesuaian dan dapat membentuk ekosistem yang seimbang. Namun, manusia yang tergesa-gesa untuk membangunkan Negara telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti penyahutanan seperti pembalakan dan pembukaan kawasan baru secara berleluasa. Hal ini menyebabkan habitat flora dan fauna dimusnahkan dan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang dan akhirnya membawa kesan negatif yang sangat serius kepada alam sekitar.

  Antara punca kemusnahan alam sekitar yang paling serius ialah fenomena penyahutanan. Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan tujuan. Misalnya, penebangan untuk tujuan pembalakan, pembinaan kawasan petempatan dan industri, pembukaan kawasan baru dan ditenggelami air untuk projek hidroelektrik. Sekiranya fenomena penyahutanan tanpa kawalan maka hutan akan dimusnahkan dan menyebabkan suhu meningkat dengan ketara dan mengakibatkan berlakunya kemarau. Masalah ini menyebabkan alam sekitar menjadi tidak seimbang.

  Fenomena penyahutanan juga berlaku secara semula jadi apabila perubahan cuaca atau iklim yang sangat ketara. Sekiranya cuaca berubah menjadi sangat panas maka ia akan mengakibatkan kebakaran hutan. Contohnya, kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997. Tambahan pula, bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan serangan serangga ataupun perosak juga merupakan factor-faktor penyahutanan secara semula jadi.

  Manakala penyahutanan yang disebabkan oleh aktiviti manusia ialah pembinaan empangan. Aktiviti-aktiviti seperti penebangan dan pembersihan hutan serta penenggelaman kawasan hutan akan dilakukan bagi tujuan menakung air dan pembinaan empangan. Aktiviti sedemikian akan merosakkan ekosistem hutan hujan tropika secara menyeluruh apabila ditenggelami air. Contohnya , pembinaan Empangan Kenyir di Terengganu.

  Selain itu, pembinaan infrastruktur turut menyebabkan masalah penyahutanan. Aktiviti pembukaan kawasan baru dan projek pembinaan jalan raya sentiasa dilakukan demi memajukan sesebuah Negara. Namun kesejahteraan dan keharmonian alam sekitar turut diabaikan dan menyebabkan alam sekitar menjadi tidak seimbang.

  Di samping itu. kesan fenomena penyahutanan terhadap alam sekitar ialah kemusnahan habitat flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada haiwan untuk membentuk lingkungan dan meneruskan generasi. Apabila hutan dimusnahkan maka habitat haiwan turut hilang dan menyebabkan haiwan-haiwan tersebut terpaksa membuat penghijrahan untuk mencari habitat baru dan terpaksa bersaing untuk mendapat tempat tinggal yang bersesuaian.

Pelbagai jenis flora dan fauna diancam kepupusan dan kemusnahan apabila aktiviti penyahutanan dijalankan dengan berleluasa. Masalah ini akan menyebabkan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan mengakibatkan sesetengah tumbuh-tumbuhan pupus. Ia turut menyebabkan fauna mengalami kepupusan akibat gagal menyesuaikan diri di habitat baru. Hal ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro yang akan membawa kesan negative terhdap unsur-unsur seperti cuaca , hakisan , banjir dan sebagainya.

  Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada pembalakan seperti industri perabot turut terjejas akibatnya pokok-pokok yang berharga seperti meranti dan seraya dimusnahkan apabila aktiviti penyahutanan dijalankan. Seterusnya, pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan Negara turut merosot.

 Aktiviti penyahutanan juga menyebabkan bekalan gas oksigen kepada penduduk berkurangan akibatnya pokok dan tumbuh-tumbuhan telah dimusnahkan. Masalah ini menyebabkan kandungan karbon dioksida di udara bertambah dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.


10 comments: