Saturday, August 21, 2010

PENCEMARAN BUNYI

 


           Pada masa kini, terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di sekitar kita, salah satu pencemaran alam ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi yang dihasilkan oleh mesin, haiwan atau manusia yang menganggu aktiviti atau keseimbangan dan keselesaan   kehidupan manusia dan haiwan.
           Kebanyakan pencemaran bunyi berpunca dari luar rumah iaitu berpunca dari sistem pengangkutan,  termasuk sistem pengangkutan, termasuk system pengangkutan, bunyi kenderaan, bunyi helicopter dan bunyi kereta api. Dalam proses pembangunan industri juga boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Sebagai contoh,bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan aktiviti pembuatan. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi ialah di kawasan petempatan iaitu penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan dan lain-lain.
           Pencemaran bunyi akan mendatangkan pelbagai kesan yang berbahaya kepada manusia. Antara kesan yang akan timbul adalah menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran bunyi akan mendatangkan kesan ke atas pendengaran dan psikologi. Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bunyi bising akan lebih ketara pengurangan sensitif pendengaran berbanding dengan sejawat yang tidak terdedah dengan bunyi bising walaupun perbezaan usia mereka tidak ketara. Dari segi psikologi, pencemaran bunyi mampu menyebabkan gangguan komunikasi antara manusia, gangguan tidur dan menjejaskan kestabilan mental iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.Tahap bunyi bising yang tinggi juga mampu menyumbangkan kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan bunyi bising yang sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin.
           Pencemaran bunyi bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi juga mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Bunyi bising mampu menyebabkan tekanan, meningkatkan risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa atau mangsa dan juga menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkaitan dengan navigasi. Kesan bunyi bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat dan seterusnya mungkin akan menyebabkan kepupusan pada golongan haiwan tersebut.
           Pencemaran bunyi merupakan satu pencemaran yang amat berbahaya, oleh itu langkah-langkah yang harus dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya langkah yang boleh dijalankan ialah penguatkuasaan undang-undang. Terdapat enam peratauran dan akta yang telah digubal bagi mengawal pencemaran bunyi dan kualiti alam sekitar. Peraturan dan akta telah dikuatkuasakan sehingga hari ini, antaranya ialah  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Hingar Kenderaan Motor, 1987), Panel Code 1971,Undang-undang Kenderaan Lalulintas 1959, Akta Penerbangan Tempatan 1976, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Akta Kilang Dan Jentera 1969.Dengan peraturan-peraturan dan akta yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini maka pencemaran bunyi dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan. Contohnya, dalam Seksyen 23 menyatakan bahawa tiada sesiapapun kecuali jika diberi lesen, boleh mengeluarkan kebisingan dengan syarat yang ditentukan. Sesiapa yang melanggar syarat tersebut akan didenda tidak melebihan RM5000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
           Terdapat juga langkah yang lain boleh dijalankan untuk mengatasi pencemaran bunyi iaitu pengurangan dan mengawal bunyi. Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi yang dikeluarkan boleh dilaksanakan termasuk penggunaan halangan bunyi, mengehadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan dan menghadkan kenderaan berat.Oleh itu,kereta yang mengeluarkan bunyi bising yang kuat harus maemasang penghalang bunyi untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
           Kesimpulannya, pencemaran bumyi akan menberi kesan buruk kepada kehidupan manusia dan juga kehidupan haiwan. Oleh itu, pelbagai langkah yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi supaya kehidupan manusia dan haiwan menjadi lebih baik.   

7 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu. mohon fakta ini untuk membuat sedikit kajian. terima kasih

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sorry,sy copy skit utk membuat sedikit tugasan...BTW,thanks 4 this information...appreciate sgt!!!... :D

    ReplyDelete
  4. boleh sya tahu langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi

    ReplyDelete
  5. Suntuk !!!
    Gak tau mau ngapain?
    yuk klik link kami nih
    asian17.com
    di jamin mantap

    ReplyDelete