Monday, August 23, 2010

KESAN-KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar
Pertanian

Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta  hidupan liar,penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.
Pembalakan
Kesan-kesan pembalakan ialah akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies hidupan liar yang semakin pupus. Kemusnahan hutan akan menyebabkan kemusnahan tempat tinggal bagi tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Sebagai contohnya,banyak kawasan hutan yang dimusnahkan kerana pembangunan atau aktiviti pembalakan secara haram. Tanpa tempat tinggal yang selamat,haiwan-haiwan ini akan mati dan seterusnya pupus. Selain itu,hutan kaya dengan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi sumber ubat at au penawar bagi pelbagai penyakit. Kemusnahan hutan bererti kehilangan bahan-bahan yang berharga lnl.
Seterusnya,kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat.Hal ini demikian kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen kepada hidupan di muka bumi. ]ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya,maka peluang untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia. Apabila situasi ini berlaku,jumlah isi padu lautan juga akan bertambah sebagai akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Sebagai contohnya,fenomena pemanasan global berpunca daripada aktiviti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang leluasa di dunia. Sebagai akibat fenomena ini kesan rumah hijau turut berlaku.
Selain itu,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat,misalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah,terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.
Perindustrian
   
Sektor  perindustrian amat berkembang di Malaysia.Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan bahan buangan ke dalam sungai,terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada sektor  ini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan sungai seperti ikan,udang mati.
Selain itu,pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara atmosfera.Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap hitam.Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu dihisap.

Perikanan
Kesan menjalankan aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira64%terumbu karang berada dalam keadaan terancam.

Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan air laut.

Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar.

Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.


Menbuang sampah merata-rata,
Hidupan akuatik menjadi mangsa,
Pencemaran sungai di negara maju,
Isu ini menghiasi wacana.



Disediakan oleh CHAN FENG YI 205799

Sekian  terima kasih....TEPUKLAH SIKIT!!

Sunday, August 22, 2010

PENCEMARAN UDARA

          Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar. (Wikipedia) Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara dan pencemaran udara sekunder.
            Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara.(Wikipedia)
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama ialah disebabkan oleh aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organic dan bukan organic, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industry menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur melepaskan gas-gas yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan banyak kebaikan, tetapi juga mendatangkan keburukan.
Punca kedua ialah pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaa berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga bermaksud pencemara udara semakin meningkat dari semasa ke semasa di Malaysia.
Punca ketiga ialah pembakaran terbuka. Banyak penghuni suka membakar sampah sarap apabila gotong-royang rumah mereka kerana mereka malas membuangkan ke dalam tong sampah. Petani juga membakar ranting pokok, daun-daun dan lain lain untuk menjadi baja untuk pertanian mereka. Walaupun sisa-sisa dari polok boleh menjadi baja, tetapi semasa proses pembakaran akan mengeluarkan asap-asap yang mencemarkan udara. Pembakaran hutan juga adalah salah satu pembakaran terbuka. Pembakaran hutan berlaku kerana pemaju ingin membuka tanah yang baru untuk mendirikan bangunan atau kepanasan suhu menjadi kebakaran.
Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakkan pencemaran udara berlaku adalah daripada sikap manusia yang mementingkan kepentingan sendiri. Pemilik kilang membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih dan tidak mahu membazirkan duit untuk menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan mendatangkan banyak kesan-kesan negatif yang merosakkan alam.
Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen tentang pencemaran udara. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarikan masyarakt tentang kepentingan memeliharan dan menjaga alam sekitar. Di samping itu, masyarakat akan didedahkan tentang kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus diadakan sepanjang tahun supayakan masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar. Kempen ini boleh diakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh ditampar di tempat-tempat yng dapat dilihat oleh orang ramai.
            Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah pihak yang melakukan pencemaran udara akan dikenakan tindakan dari segi undang-undang. Kilang-kilang yang melepaskan asap-sap yang mencemarkan udara akan disaman. Jika kilang tersebut terus melakukan kegiatan tersebut. Lessen perniagaan akan diantung. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti pembakaran dengan sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan pencemaran udara ke tahap yang lebih rendah. 
Kesan-kesan yang disebabkan oleh pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan manusia.. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Pesakit asma apabila menyerap bahan penemar ke dalam badan kemungkinan akan mengakibatkan kemautan. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya.
            Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan hujan asid berlaku. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Apabila air hujan asid telah meresap ke dalam tanah, ia akan mengakibatkan tanah tersebut tidak lagi subur. Tanaman seperti sayu-sayuran apabila terkena hujan asid, sayur-sayuran itu tidak lagi segar dan tidak boleh dimakan lagi. Ini mengakibatkan petani akan mengalami kerugian yang besar.
           Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan boleh mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini akan mengakibatkan suhu bumi meningkat. Penipisan lapisan ozon juga akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kanser kulit.
            Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

disediakan oleh: Yeo Zhee Shern 205694

PEMANASAN GLOBAL


Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya dua generasi sahaja. Udara akan sangat panas, banyak orang akan mencari makanan dan air. Kesukaran untuk bernafas kerana kekurangan udara yang bersih. Harta benda akan hilang, begitu pula nyawa manusia.
Kerakusan  manusia dalam mengejar pembangunan telah mengakibatkan suhu bumi menjadi semakin panas. Perkara ini di kaitkan dengan aktiviti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, pembangunan hutan batu. Ahli-ahli sains dan geografi berpendapat bahawa punca utama pemanasan global ialah menipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu ini. 
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seperti pembebasan CFC.
Pemanasan global juga boleh menjejaskan kesihatan manusia bahkan haiwan yang hidup di muka bumi ini. Hal ini dapat di buktikan melalui perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit. Dalam hal ini, jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi. Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Selain itu penyakit lain juga mungkin boleh berlaku antaranya ialah  kanser kulit dan penyakit paru-paru,

Namun begitu terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berterusan. Antara cara terbaik yang boleh dimbil adalah pendidikan alam sekitar kepada generasi muda. Dalam keadan ini pendidikan penjagaan alam sekitar perlulah dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan. Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Di samping itu, langkah-langkah lain yang boleh dilakukan adalah menggunakan barangan yang mempunyai label kecekapan tenaga seperti peti sejuk, televisyen dan penghawa dingin. Apabila penggunaan tenaga dapat dikurangkan, sumber asli yang digunakan untuk menjana tenaga dapat dikurangkan. Pengurangan penggunaan sumber asli akan membantu dalam pengurangan gas rumah hijau dan sumber asli ini juga akan dapat dijimat sekali gus akan melambatkan proses pemansan global yang berlaku.
Pengguna  juga harus dan sepatutnya menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi keretavuntuk pergi ke destinasi yang hendak dituju. Sebagai contoh dengan menaiki perkhidmatan LRT. Dengan cara ini, pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera dapat dikurangkan. Pengguna juga harus mengamalkan kitar semula untuk mengurangkan sisa pembuangan dan pelupusan. Elakkan penggunaan barangan seperti polisterena dan plastik. Masyarakat sejagat juga boleh menggunakan beg yang mesra alam.

Sebagai konklusinya, isu pemanasan global adalah isu dunia yang sedang hangat dibincangkan di dada akhbar haruslah di bendung dengan serta merta, sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan permukaan bumi ini.
Sayangilah dunia kerana hanya kita yang boleh merawat dunia.


Disediakan oleh:Puti Lenggo

Saturday, August 21, 2010

PERANAN MASYARAKAT DALAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

 Sejak kebelakangan ini, isu mengenai alam sekitar sering diperkatakan dan merupakan salah satu isu yang telah dipandang serius sama ada dalam negara kita sendiri atau di seluruh dunia.Pencemaran alam sekitar berlaku di seluruh dunia sama ada di bandar-bandar besar negara sedang membangun atau negara-negara yang canggih seperti Amerika Syarikat, China, dan sebagainya.
Terdapat beberapa unsur yang meyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita secara berleluasa. Telah dibuktikan bahawa sebanyak 91% pencemaran air di negara kita dicemari najis, sama ada najis haiwan ataupun najis manusia berdasarkan hasil kajian Jabatan Alam Sekitar.
Unsur-unsur lain yang meyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk baja dan bahan kumbahan yang digunakan secara kerap dan besar-besaran dalam sector pertanian kerana ia mengandungi galian terutamanya nitrat dan fosfat. Selain itu, kawasan pembinaan dan kawasan perbandaran banyak menghasilkan kelodak dan bahan-bahan berbentuk pepejal seperti tanah dan bahan buangan, menyebabkan pencemaran akibat daripada hakisan tebing sungai.
Antara punca lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar kita termasuk sisa buangan dan sisa toksid daripada kilang-kilang semasa proses pengeluaran, pembasmian hutan semasa projek pembangunan dijalankan dan pelbagai jenis pembangunan industri. Pencemaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran jangka pendek dan pencemaran jangka panjang. Pencemaran jangka pendek selalunya boleh terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja. Kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas. Manakala pencemaran jangka panjang lebih memerlukan perhatian yang khusus kerana ia boleh member kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan walaupun ia berada pada tahap yang rendah di negara ini.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah boleh member kesan yang besar terhadap hidupan terutamanya haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Walaupun ia tidak akan tersebar dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, pembiakan spesies katak terganggu, ia berpunca daripada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebab oleh pencemaran jangka panjang. Sebahagian saintis khuatir ia akhirnya akan member kesan kepada manusia sekiranya keadaan itu berlaku secara berterusan.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan? Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan apakah kesannya kepada alam sekitar kita. Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju dan penjaja menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan mempertimbangkan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam untuk menjalankan kerja mereka.
Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,tidak membeli rumah yang didirikan dalam kawasan hutan atau lading yang mana pihak pemaju menerokai hutan-hutan,menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sector perlancongan.
Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar.kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuks hati membuang sampah ke dalam sungai,longkang,system perparitan supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu,kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram.Sungai dan laut akan tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kasan yang akan didatangi.Dapipada kerja pembalakan haram tersebut,ia akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar.Selain itu, aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi,hakisan tanah dan sebagainya.
Perkara yang paling penting ialah sikap,pemikiran,kesedaran yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat.Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar.Kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar membolehkan kita menganggap ahklak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam sekitar sebagaimana ia telah member pelbagai mamfaat kepada kita selama ini.
Disamping itu,proses pembaikan dalam scenario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan.Kita harus memastikan mesaj yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan kepada setiap anggoya masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terjamin.


Dengan kerjasama semua anggota masyarakatdalam memainkan peranan masing-masing,hasil yang kita diharapkan dalam menyelamatkan alam sekitar pasti akan tercapai.

KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR



         Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semula jadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, kitar air.
         
          Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.
        
          Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung berapi, gempa bumi, kemarau, Kebakaran hutan, banjir dan taufan boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesan bencana alam ini ialah merosakkan habitat, menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan, mengganggu kitar semula jadi dan pencemaran alam sekitar.
          
          Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil seperti petrol dan diesel menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik yang beracun seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.
          
          Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid racun serangga boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi racun serangga yang seterusnya akan di makan oleh manusia.
          
          Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah pemanasan global, dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai Kesan Rumah Hijau. Seterusnya ialah penipisan lapisan ozon- Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran UV matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.
          
          Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan.  Antaranya ialah spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika seperti bunga pakma, orkid - orkid liar dan pisang liar. Seterusnya ialah burung-burung misalnya burung enggang, bangau dan helang bahu hitam serta haiwan misalnya tapir, harimau, badak Sumatera, orang utan, siamang , lutong , dan ular sawa. Tambahan pula  ialah serangga dan penyu misalnya penyu belimbing dan penyu hijau. Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan adalah panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China. Kini, terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .Seterusnya ialah gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .Akhirnya ialah ikan paus biru, haiwan yang terbesar, terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk daging dan lemaknya.
             
          Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan adalah penting kerana berkaitan dengan keseimbangan persekitran kita. Hal ini kerana manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat . Seterusnya, semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan. Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya . Haiwan dan tumbuhan juga merupakan sumber bahan mentah. Sebagai contohnya Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.Selain itu, hasil keluaran seperti kulit haiwan, madu, rotan, damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan.      
          
          Tumbuhan dan haiwan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . Antaranya ialah tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . Seterusnya, tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas karbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . Selain itu, tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun serta melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, dapat mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi . Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia. Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia , juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman, hasil tangkapan ikan, kayu balak, damar, ubat-ubatan, kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
         
          Kesimpulannya, kita harus mengubah sikap kita supaya kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif untuk memelihara dan mengekalkan keseimbangan alam sekitar. 

DISEDIAKAN OLEH : JACKY CHAN CHOON KEONG

PENCEMARAN BUNYI

 


           Pada masa kini, terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di sekitar kita, salah satu pencemaran alam ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi yang dihasilkan oleh mesin, haiwan atau manusia yang menganggu aktiviti atau keseimbangan dan keselesaan   kehidupan manusia dan haiwan.
           Kebanyakan pencemaran bunyi berpunca dari luar rumah iaitu berpunca dari sistem pengangkutan,  termasuk sistem pengangkutan, termasuk system pengangkutan, bunyi kenderaan, bunyi helicopter dan bunyi kereta api. Dalam proses pembangunan industri juga boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Sebagai contoh,bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan aktiviti pembuatan. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi ialah di kawasan petempatan iaitu penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan dan lain-lain.
           Pencemaran bunyi akan mendatangkan pelbagai kesan yang berbahaya kepada manusia. Antara kesan yang akan timbul adalah menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran bunyi akan mendatangkan kesan ke atas pendengaran dan psikologi. Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bunyi bising akan lebih ketara pengurangan sensitif pendengaran berbanding dengan sejawat yang tidak terdedah dengan bunyi bising walaupun perbezaan usia mereka tidak ketara. Dari segi psikologi, pencemaran bunyi mampu menyebabkan gangguan komunikasi antara manusia, gangguan tidur dan menjejaskan kestabilan mental iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.Tahap bunyi bising yang tinggi juga mampu menyumbangkan kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan bunyi bising yang sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin.
           Pencemaran bunyi bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi juga mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Bunyi bising mampu menyebabkan tekanan, meningkatkan risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa atau mangsa dan juga menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkaitan dengan navigasi. Kesan bunyi bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat dan seterusnya mungkin akan menyebabkan kepupusan pada golongan haiwan tersebut.
           Pencemaran bunyi merupakan satu pencemaran yang amat berbahaya, oleh itu langkah-langkah yang harus dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya langkah yang boleh dijalankan ialah penguatkuasaan undang-undang. Terdapat enam peratauran dan akta yang telah digubal bagi mengawal pencemaran bunyi dan kualiti alam sekitar. Peraturan dan akta telah dikuatkuasakan sehingga hari ini, antaranya ialah  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Hingar Kenderaan Motor, 1987), Panel Code 1971,Undang-undang Kenderaan Lalulintas 1959, Akta Penerbangan Tempatan 1976, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Akta Kilang Dan Jentera 1969.Dengan peraturan-peraturan dan akta yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini maka pencemaran bunyi dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan. Contohnya, dalam Seksyen 23 menyatakan bahawa tiada sesiapapun kecuali jika diberi lesen, boleh mengeluarkan kebisingan dengan syarat yang ditentukan. Sesiapa yang melanggar syarat tersebut akan didenda tidak melebihan RM5000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
           Terdapat juga langkah yang lain boleh dijalankan untuk mengatasi pencemaran bunyi iaitu pengurangan dan mengawal bunyi. Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi yang dikeluarkan boleh dilaksanakan termasuk penggunaan halangan bunyi, mengehadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan dan menghadkan kenderaan berat.Oleh itu,kereta yang mengeluarkan bunyi bising yang kuat harus maemasang penghalang bunyi untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
           Kesimpulannya, pencemaran bumyi akan menberi kesan buruk kepada kehidupan manusia dan juga kehidupan haiwan. Oleh itu, pelbagai langkah yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi supaya kehidupan manusia dan haiwan menjadi lebih baik.   

FENOMENA DAN KESAN PENYAHHUTANAN TERHADAP ALAM SEKITAR





Pada zaman dahulu, Tuhan telah menciptakan alam sekitar yang begitu harmoni dan penuh dengan kehijauan yang dikenali sebagai flora seperti pokok dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, fauna juga diciptakan. Dengan adanya alam sekitar yang harmoni, flora dan fauna mempunyai habitat yang bersesuaian dan dapat membentuk ekosistem yang seimbang. Namun, manusia yang tergesa-gesa untuk membangunkan Negara telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti penyahutanan seperti pembalakan dan pembukaan kawasan baru secara berleluasa. Hal ini menyebabkan habitat flora dan fauna dimusnahkan dan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang dan akhirnya membawa kesan negatif yang sangat serius kepada alam sekitar.

  Antara punca kemusnahan alam sekitar yang paling serius ialah fenomena penyahutanan. Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan tujuan. Misalnya, penebangan untuk tujuan pembalakan, pembinaan kawasan petempatan dan industri, pembukaan kawasan baru dan ditenggelami air untuk projek hidroelektrik. Sekiranya fenomena penyahutanan tanpa kawalan maka hutan akan dimusnahkan dan menyebabkan suhu meningkat dengan ketara dan mengakibatkan berlakunya kemarau. Masalah ini menyebabkan alam sekitar menjadi tidak seimbang.

  Fenomena penyahutanan juga berlaku secara semula jadi apabila perubahan cuaca atau iklim yang sangat ketara. Sekiranya cuaca berubah menjadi sangat panas maka ia akan mengakibatkan kebakaran hutan. Contohnya, kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997. Tambahan pula, bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan serangan serangga ataupun perosak juga merupakan factor-faktor penyahutanan secara semula jadi.

  Manakala penyahutanan yang disebabkan oleh aktiviti manusia ialah pembinaan empangan. Aktiviti-aktiviti seperti penebangan dan pembersihan hutan serta penenggelaman kawasan hutan akan dilakukan bagi tujuan menakung air dan pembinaan empangan. Aktiviti sedemikian akan merosakkan ekosistem hutan hujan tropika secara menyeluruh apabila ditenggelami air. Contohnya , pembinaan Empangan Kenyir di Terengganu.

  Selain itu, pembinaan infrastruktur turut menyebabkan masalah penyahutanan. Aktiviti pembukaan kawasan baru dan projek pembinaan jalan raya sentiasa dilakukan demi memajukan sesebuah Negara. Namun kesejahteraan dan keharmonian alam sekitar turut diabaikan dan menyebabkan alam sekitar menjadi tidak seimbang.

  Di samping itu. kesan fenomena penyahutanan terhadap alam sekitar ialah kemusnahan habitat flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada haiwan untuk membentuk lingkungan dan meneruskan generasi. Apabila hutan dimusnahkan maka habitat haiwan turut hilang dan menyebabkan haiwan-haiwan tersebut terpaksa membuat penghijrahan untuk mencari habitat baru dan terpaksa bersaing untuk mendapat tempat tinggal yang bersesuaian.

Pelbagai jenis flora dan fauna diancam kepupusan dan kemusnahan apabila aktiviti penyahutanan dijalankan dengan berleluasa. Masalah ini akan menyebabkan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan mengakibatkan sesetengah tumbuh-tumbuhan pupus. Ia turut menyebabkan fauna mengalami kepupusan akibat gagal menyesuaikan diri di habitat baru. Hal ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro yang akan membawa kesan negative terhdap unsur-unsur seperti cuaca , hakisan , banjir dan sebagainya.

  Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada pembalakan seperti industri perabot turut terjejas akibatnya pokok-pokok yang berharga seperti meranti dan seraya dimusnahkan apabila aktiviti penyahutanan dijalankan. Seterusnya, pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan Negara turut merosot.

 Aktiviti penyahutanan juga menyebabkan bekalan gas oksigen kepada penduduk berkurangan akibatnya pokok dan tumbuh-tumbuhan telah dimusnahkan. Masalah ini menyebabkan kandungan karbon dioksida di udara bertambah dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.


Penggurunan

Manusia dan alam sekitar menpunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Hubungan ini akan menghasilkan dampak ke atas alam sekitar. Kesan negatif yang dirasai akibat interaksi yang berlaku ini bukan sahaja di peringkat mikro malahan mencapai tahap makro.
Antara kesan negatifnya ialah penggurunan. Penggurunan merujuk kepada saiz gurun yang sedia ada hingga melampaui kawasan pinggirnya atau proses yang menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Kawasan pinggir gurun yang pada asalnya merupakan kawasan yang lembap, subur , dan banyak tumbuhan berbanding dengan kawasan gurun sebenar berubah menjadi kawasan gurun sepenuhnya akibat kerakusan aktiviti manusia. Disebabkan proses penggurunan yang berlaku, Gurun Sahel akirnya bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan gurun Sahara kira-kira 20 tahun yang lalu. Akibat daripada perubahan tersebut, Gurun Sahel mengalami keadaan seperti kehilangan banyak tumbuhan, air, dan tanih sebelum menjadi gersang. Oleh itu, ketidakseimbangan kitaran air dan kehilangan kesuburan tanah berlaku di kawasan tersebut mengakibatkan tempat tersebut menjadi gurun terbesar di dunia ini.
Kejadian penggurunan yang berlaku juga dikaitkan dengan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Antara aktiviti manusia yang mengakibatkan keadaan tersebut seperti aktiviti penyahutanan, ragutan berlebihan, dan pertanian yang terlalu intensif sehingga proses pemuliharaan tidak sempat dilakukan. Oleh itu,tempat-tempat yang berkaitan akan menghadapi masalah penggurunan.
Manusia menggurunkan sesuatu kawasan melailui aktiviti seperti kegiatan pindah ternak dan ragutan yang berlebihan dan aktiviti penyahutanan. Padang yang subur di musim hujan akan dijadikan tempat untuk haiwan ternakan meragut rumput yang terdapat di kawasan tersebut. Haiwan ternakan akan meragut rumput yang subur ini sampai ke akar umbinya. Kesannya struktur tanah akan menjadi longgar. Apabila menjelang musim kering , ternakan-ternakan akan dipindahkan ke kawasan padang ragut yang lain. Aktiviti pindah ternak ini mempercerpatkan lagi hakisan tanah yang sudah longgar itu dan akhirnya memusnahkan kawasan padang rumput. Seterusnya kawasan tersebut akan menjadi tandus dan gersang apabila hakisan angin berlaku.
Sehubungan dengan itu, aktiviti penyahutanan juga membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Manusia menjalankan aktiviti penyahutanan demi keuntungan dan kepuasan sendiri. Mereka memusnahkan kawasan hutan untuk mendapatkan kayu-kayu balak yang berharga dengan membalakkan pokok-pokok dengan jumlah yang besar tanpa menjalankan aktiviti pemulihan. Hal ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan tersebut menjadi longgar dan mudah dihakiskan oleh air,angin dan sebagainya. Oleh sebab itu, kawasan tersebut akan menjadi kering dan gersang seterusnya menghadapi masalah penggurunan.
Menurut statistic, sebanyak 103,5 kilometer persegi hutan hujan hilang pada Maret dan April di wilayah Amazon Brazil, kira-kira seukuran kota Paris, demikian satu laporan baru. Lembaga Penelitian Ruang Nasional (Inpe) mengatakan dalam satu laporan, Senin, penggurunan di Amazon Brazil meningkat sebanyak 95 persen dari tahun ke tahun selama masa itu. Menurut Inpe, negara bahagian Mato Grosso melaporkan jumlah penggurunan paling tinggi pada Maret dan April. Negara bagian tersebut kehilangan 76,4 kilometer persegi hutan hujan, atau 79 persen dari seluruh penggurunan yang terjadi pada tahun 2010. Situasi sesungguhnya bisa jadi lebih parah lagi, karena para insinyur hanya dapat mengamati 54 persen dari seluruh hutan Amazon Brazil pada Maret dan 56 persen pada April. Bahagian lain wilayah tersebut tertutup awan akibat musim hujan.

Wednesday, August 18, 2010

PENIPISAN LAPISAN OZON


Pengenalan
 
Masalah alam sekitar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat global pada hari ini. Hal ini kerana perkara ini telah wujud sejak beberapa tahun lalu dan masalah ini telah menjadi semakin parah pada abad ke 21 kini, ini sekali gus mengugat keseimbangan ekosistem yang secara tidak langsung mengubah iklim dunia. Masalah alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, pemanasan global, penipisan lapisan ozon dan sebagainya sememangnya mengundang pelbagai bencana alam yang  mampu meragut sehingga ratusan nyawa manusia apatah lagi haiwan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kiranya para pemimpin kini sedang hebat membincangkan isu ini di meja mesyuarat peringkat antarabangsa. Malahan para saintis juga sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Tahukah anda bahawa  masalah penipisan lapisan ozon pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah menemui lubang ozon pada tahun 1987 ? penemuan ini berlaku di kawasan Antartika. Holistiknya, lapisan ozon ini merupakan lapisan satrosfera yang bertindak sebagai pelindung daripada pancaran ultra ungu (UV) memasuki secara terus-menerus ke permukaan bumi.

Punca penipisan lapisan ozon
           

 Sebenarnya, punca yang amat jelas berlakunya penipisan lapisan ozon ini adalah berikutan daripada penggunaan kloroflorokarbon (CFC). Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam pembuatan penghawa dingin, aresol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang digunakan telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras ozon global. Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan menghakis lapisan ozon sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang, bak kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” akhirnya lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius dan pada ketika itu, semua hidupan dalam permukaan bumi bagaikan “hidup segan, mati tak mahu”. Selain itu, kemajuan aeroangkasa yang menggunakan jet supersonik juga tidak terkecuali dalam menyumbang kepada penipisan lapisan ozon ini. Dalam hal ini, jet supersonik yang menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.
                                                
Kesan penipisan lapisan ozon
            
kanser melanoma
           Penipisan lapisan ozon ini, nyata mengundang pelbagai risiko dan implikasi terhadap hidupan di muka bumi. Kesihatan manusia merupakan ancaman utama yang paling ketara. Dalam hal ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti melanoma. Penyakit ini terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu kuat. Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan  1%  dalam lapisan ozon akan menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes penyakit kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat kerana kebanyakkan penduduknya berkulit putih yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini. Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata. Sesorang yang terlalu lama terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan selaput putih yang menutupi anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah kepada risiko penyakit katarak.

pencairan glasier
kepupusan hidupan laut
Disamping itu, penipisan lapisan ozon ini juga akan menyebabkan kepupusan hidupan laut. Pancaran ultra ungu yang keterlaluan akan menyebabkan mikroorganisma  dalam air seperti plankton akan mati. Hidupan laut yang bergantung kepada plankton ini juga akan semakin berkurangan dan mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber makanan. Hal ini akan memberi impak yang besar terhadap pembiakan ikan yang akan berkurangan secara perlahan-lahan dan secara tidak langsung menjejaskan sumber protein bagi manusia dan juga haiwan lain. Penipisan lapisan ozon ini juga, akan menyebabkan  peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi paras normal akan mengakibatkan glasier di utara Artik dan Kutub  Antartika akan mula mencair. Fenomena pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air laut dan akan menyebabkan kawasan tanah renda lenyap di telan laut. Contohnya Pulau Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain.
             
Langkah untuk mengawal penipisan lapisan ozon
Namun begitu terdapat beberapa langkah yang dapat di ambil bagi mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon ini. Antaranya ialah  dengan mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan penggunaan kloroflorokarbon dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak tertentu seharusnya meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflorokarbon. Contohnya, melalui penggunaan gas helium yang telah dikaji dan mampu digunakan dalam alat penghawa dingin sebagai agen pendingin. Hal ini dapat di buktikan melalui teknologi tanpa kloroflorokarbon dalam perindustrian alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
Selain itu, pengawalan penggunaan kloroflorokarbon ini juga boleh dilakukan dengan mengadakan konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan komitmen daripada  pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan pencinta alam sedunia adalah penting. Konvensyen ini akan mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan kloroflorokabon yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memerangi pengunaan bahan kloroflorokarbon. Hal ini dapat dibuktikan melalui  persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara Singapura yang telah mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pengdingin udara kenderaan.

Penutup                                                                                                                                                         Kesimpulannya, masalah alam sekitar seperti penipisan lapisan ozon ini sememangnya telah mencuri tumpuan pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaiannya. Malahan, rangkaian media turut  tidak ketinggalan untuk membuat liputan dan berusaha menulis rencana untuk memberikan kesedaran terhadap manusia sejagat agar mengekalkan dan memelihara keindahan alam semula jadi. Namun demikian, masalah ini bagaikan “lagu dan irama” yang sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi dengan kehidupan manusia. Walaupun, masalah alam sekitar ini khususnya masalah penipisan lapisan ozon agak mustahil untuk ditangani, namun semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama yang padu untuk menangani masalah ini, setidak-tidaknya masalah ini akan dapat dikurangkan. Kita sebagai insan ciptaan Tuhan yang mempunyai fikiran seharusnya mempunyai tanggungjawab dalam memelihara alam semulajadi agar apa yang kita ada pada hari ini akan dapat dikongsikan kepada generasi yang akan datang kelak.





DISEDIAKAN OLEH : RICKY JOHN ADSUKIN (205017)