Wednesday, August 18, 2010

PENCEMARAN AIR

                               

PENDAHULUAN
Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting kepada semua  kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman,tujuan pembersihan,pertanian,kegunaan industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika tidak ada air di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini.Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air.


KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI

71% dari permukaan dunia.
    -97% air masin (laut)
    -3% air tawar
        - 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.
        - 13% air permukaan (0.4% jumlah air).

Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan  dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada  ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar  dan di atmosfera.

PENCEMARAN AIR


Kita menggunakan air dalam kehidupan seharian,pencemaran air telah berlaku.Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

JENIS PENCEMARAN AIR

Limpahan Minyak Ke Dalam Laut


Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

Sisa Buangan Dari Kilang

Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik

Bahan Buangan Domestik Dan Organik


Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah  seperti baja.

Pertanian


Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.


Kesan Pencemaran Air

Kesan Kepada Manusia


Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria,virus,parasit dan bahan kimia yang lain.Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah.DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom.Yang menjadi mangsa adalah  penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Kesan Kepada Organisma Aquatik

Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:
(i)                 Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.
(ii)               Melaksanakan program‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’untuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.
(iii)             Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda  atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu isu yang memerlukan kerjasama daripada  semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup.Dengan alam sekitar yang bersih,maka lahirlah manusia yang sihat.

BERSAMA-SAMALAH CINTAI ALAM SEKITAR KITA!!!!




                                                                                
Disediakan oleh:LEE SENG FATT
Matrik no:206060

17 comments:

  1. Theres some typo errors , just so you know ..... :)

    ReplyDelete
  2. minta izin untuk mengunakan iinfo ini ya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. thank you.ia dapat membantu saya membuat kerja kursus.

    ReplyDelete
  5. izin saya menggunakan info2 di atas ye...terima kasih kerana info byk membantu tugasan saya.

    ReplyDelete
  6. Sumber Air aktiviti laut

    ReplyDelete